Nama saintifik : Eurycoma longifolia Jack
Nama biasa : Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih,
Bedara merah, hempedu pahit & payung Ali.
Nama tempatan : Tongkat Ali
Famili : Simaroubaceae
PENGENALAN
Tongkat Ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di negara Malaysia, tongkat ali ini digunakan secara meluas dan dikenali ramai. Ia digunakan untuk ubat-ubatan tradisional untuk berbagai penyakit. Tambahan lagi, kini tongkat ali telah diinovasikan dalam bentuk cecair ataupun yang lebih popular dalam bentuk tablet atau kapsul. Dari segi penumbuhan tongkat ali ini, ia menumbuh secara menegak dan tumbuh dalam kadar yang amat perlahan. Hampir seluruh penyakit boleh dirawat dengan menggunakan tongkat ali. Lebih lebih lagi khasiat pada akarnya.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Secara amnya, herba ini memang sesuai untuk merawat penyakit kerana ia merupakan salah satu herba yang amat mujarab dan tinggi khasiatnya. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan penggunaan Tongkat Ali ini ialah, demam, rawatan untuk selepas melahirkan anak, bisul, ulser, gusi berdarah dan lain lain lagi. Sesetengah individu juga turut menjadikan Tongkat Ali ini sebagai tonik.
Contoh produk berasaskan tongkat ali :
#SEMOGABERMANFAAT
BalasPadam