PENGENALAN


HERBA adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai faedah/kegunaan dari segi perubatan, khasiat makanan dan bau.


Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.Tetapi,kebiasaannya perubatan herba lebih banyak diguna melalui akar, bunga, kulit pokok dan lain-lain.Tumbuhan herba yang diguna dalam perubatan boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.


Hampir setiap orang menggunakan herba dalam kehidupan harian. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian yang dimakan.


Walau bagaimanapun,herba juga boleh memudaratkan jika proses atau cara digunakan itu salah. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.


Ulasan

Catat Ulasan