SENDUDUK



 Nama saintifik    : Melastoma malabathricum L

 Nama biasa         : Singapore rhododendron

 Nama tempatan : Senduduk

 Famili                   : Melastomatacea


Pendahuluan

Pokok daripada famili melastomatacea yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di dunia. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies, di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies. Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang dan di tepi jalan.

Ciri-ciri Tumbuhan

 Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.

Tabiat Tumbuhan

Tumbuhan ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu , biji benih di tapak semaian akan cambah. Pokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu.

Bahagian Yang Digunakan: Daun, pucuk dan akar

Amalan Tradisi Perubatan

Di Malaysia, daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit.

Contoh produk berteraskan herba senduduk:



Ulasan

Catat Ulasan